Thursday, December 22, 2011

berkabung.

disember 2011.

bermakna.

setahun sudah mak dia pergi.

hampir setahun juga aku kenal dia.

aku lupa the exact date,

but maybe 24.12 kut, since dia kata 24 ni kenduri arwah.

aku teringin sangat-sangat nak pergi.

nak jumpa nyiaow. the cat. hikhik.

aku tak kenal sangat mak dia, since mak dia bukan sedara terdekat aku.

mak dia dengan mak cousin aku adik-beradik.
dan bapak cousin aku dengan bapak aku, adik-beradik.. [OBVIOUSLY.. DUHH =="]

so, apa hubungan kitorang sebenarnya?
dua pupu? bau-bau bacang?
entah. aku pun masih keliru. XD

tapi aku kenal muka mak dia.
sebab seminggu sebelum mak dia pergi,
aku dan cousin aku ada melawat mak dia kat hospital Melaka.

masa tu mak demam.
mak diam je. mak pandang kitorang dengan pandangan sayu.

aku alihkan pandangan mata aku sebab aku tak sanggup nak tengok lama-lama.
aku sedih!

aku taktahu kenapa,
tapi aku memang takboleh tengok orang sakit.
dalam hati aku rasa mencucuk-cucuk.
aku rasa panik. macam aku pula yang sakit.... =="

tapi hari aku melawat mak,
hari tu dia tak ada.
dia ada kat Segamat,
paper SPM yang last.
sains sukan kalau tak silap.
makanya....

dari mana pula aku kenal dia?
jeng-jeng-jeng.

aku yang tak lama mengenal mak pun sedih tiapkali teringat mak.
apa lagi dia?

aku tahu dia sedih.
aku nampak dalam mata dia.
aku nampak dalam senyum sumbing dia.
aku nampak dalam ke-tidak endah-an dia.
aku nampak dalam kesunyian dia.

aku tahu dia menangis dalam hati.
sebab aku dengar suara dia merengek.
aku dengar suara sayu dia.

tapi apa yang aku mampu buat?

aku tak boleh tukar ganti nyawa aku dengan mak dia.

aku tak boleh ganti tempat mak dia, untuk jadi mak dia.

aku cuma mampu dengar rengekan dia.
aku cuma mampu tadah telinga dengar semuanya.
tadah telinga di sini bukan bermaksud aku terpaksa.
tapi tadah di sini maksud nya, aku buka telinga aku lebar-lebar, terima semua sekali.
moga-moga sakit dia berkurangan. moga-moga sedih dia berkurangan.

aku tahu.
dah terlalu lama aku tak menulis sebegini.

panjang berjela dan makin berlelongan tanpa arah tuju.

ah.

terbantut lagi idea.

lagi-lagi si cerita "panas" menganggu.

GOSSIPS! XO

aduhh.
baru mula feel nak taubat.
bibir merekah lagi.

mungkin ulcer menyerang kembali 2-3 hari ini.
=')

0 orang naik SAWAN.: